Guest Who?

Friday, 2 November 2012

Masak-masak!

Hai..

Mood hari ni ialah Masak-Masak! hehe..
Mood kerajinan aku datang hari ni.. hahaha..
Lunch aku masak.. dan makan malam pon aku yang masak hari ni.. Tapi yang simple-simple je la aku masak... Sebab?? Aku bukan pandai masak sangat bab masak-memasak ni.. huhu.. *maluu aihh..*

Oleh kerana kerajinan aku yang melampau itu.. *ceh ayat.. membunuh..! hahaha* Over sangat aku ni..  Ok sambung balik.. Oleh Kerana itu.. ipar aku sampai tanya kat aku tengah hari tadi masa aku masak-masak.."engka demam ke hari ni??" Pelik kot.. Sebab aku jarang masak! Emmm... Aku rajin susah.. aku malas pon susah.. Mungkin sebab aku jarang masak kat umah.. kalau aku masak pon just untuk diri sendiri sahaja..huh..! Sebabnya aku belom confident lagi nak masak untuk orang.. takot tak sedap dan tak past.. haha..

Tapi hapi jugak la... diaorang kata sedap yang aku masak.. haha..Suka mak tau..! Cuma aku masak pedas siket.. huhu.. kecian kat mother in-low aku.. Dia tak makan pedas...huhuhu... 

Aku masak simple-simple je untuk lunch.. 2 lauk je pon.. Aku masak sambal sotong dan sambal goreng terung.. dan lauk sampingan ikan goreng... hahaha.. Aku tak de la plak snap gambar tu..

Untuk malam plak aku masak mee goreng jer... Pon pedas jugak.. haha.. Masing-masing sampai duk teguk air je sebab tak tahan pedas.. kesian kat in-low's aku.... sampai merah-merah muka dan teresak-esak tahan pedas.. Aku? relax jer..Sebab aku dah biasa makan pedas-pedas ni.. memang favourite aku pedas-pedas ni... memang kalau aku masak suka letak lada kecik (tapi tengok jenis masakan jugak la) 

ni mee goreng yang aku masak.. Ok tak?
Satu trill aku masak..

Boleh tahan la.. First time aku masak mee goreng.. Kalau Bihun tu biase la jugak aku masak.. Mee memang aku tak pernah masak sebelum ni.. Kira ok la first time masak.. Jadi.. In-low aku cakap macam masakan kedai.. cuma pedas siket.. *tangan kat dada.. mata kat atas..* Perasan! hahaha..

ok tu je..

Kbye!

No comments:

Post a Comment